Friday, 25 February 2011

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Pada abad ini, pentingnya seruan dan ajakan ke arah kebaikan  tambahan pula dengan pelbagai gejala sosial yang begitu parah terutama sekali golongan remaja. Dakwah dan kepentingan dalam ilmu agama itu sendiri adalah aspek yang amat penting untuk mengatasi masalah ini.  Tujuan dakwah adalah untuk menjemput orang Islam mahu pun bukan Islam untuk memahami apa itu islam berdasarkan Al-Quran dan hadis  dan juga untuk memberitahu mereka berkaitan ISLAM. Melalui dakwah, agama islam dapat lebih disebarkan dengan lebih meluas seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad menyebarkan dakwah islam secara rahsia kemudian secara terang-terangan setelah ramai pengikutnya memeluk islam.Dakwah boleh dilakukan dengan beberapa cara dan melalui uslub dakwah. Uslub dakwah bermaksud ilmu tentang cara berdakwah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dakwah dalam menarik golongan yang diseru kepada ajaran Islam. Antara kaedah dakwah ialah dakwah bil hal. Setiap perilaku dan amalan harian para pendakwah dan umat Islam hendaklah mencerminkan kesucian Islam yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman sejagat.  Seterusnya adalah dakwah melalui pendidikan. Pendidikan Islam  merupakan proses mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Subjek ini dijadikan sebagai subjek utama di sekolah. Pusat pengajian tinggi(IPT) juga tidak ketinggalan. Dakwah secara ini perlu merujuk kepada cara dakwah Rasulullah S.A.W semasa di peringkat awal Islam yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan. Selain itu, dakwah melalui pergaulan turut menjadi salah satu cara memperkembangkan ajaran Islam. Pendakwah khususnya perlu mewujudkan suasana pergaulan yang baik kepada masyarakat yang belum Islam atau non Muslim. Dakwah juga dapat dilakukan melalui ziarah. Ziarah merupakan satu usaha mendekatkan diri dengan bukan Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu-waktu yang diperlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah atau pun memerlukan pertolongan.


No comments:

Post a Comment