Friday, 25 February 2011

KEHIDUPAN SETELAH BERSARA

KEHIDUPAN SETELAH BERSARA

Ustaz Abdul Majid boleh dikategorikan sebagai seorang insan yang telah berjaya. Segala usaha serta penat lelah yang dihadapinya dahulu berbaloi. Biarpun telah bersara, beliau masih meneruskan usaha menyebarkan ilmu serta dakwah. Setiap malam pada hari khamis, beliau akan mengadakan kelas fardu ain diselang-selikan dengan kelas fardu kifayah di Masjid Al-Huda Kampong Padang. Pada hari Isnin, kelas dijalankan di surau Kampong Padang dan majoriti yang hadir adalah wanita. Kelas pada hari Jumaat petang adalah di surau kampung yang terdekat iaitu Kampung  Pajak. Walaupun menghadapi sedikit masalah kesihatan,itu tidak akan menjadi penyebab untuk beliau tidak meneruskan kelas tersebut. Beliau tidak akan hadir untuk sesi pengajaran jika mengalami masalah kesihatan yang agak teruk. Kini kebanyakan masa beliau dihabiskan bersama anak serta cucu-cucunya. Di waktu lapang, beliau akan ke kebun. Minat terhadap  pertanian sudah melekat di hati sejak dari dahulu lagi apabila beliau turut membantu ibu bapanya bertani. Beliau dan isteri kini boleh berasa gembira dengan kehidupan yang dinikmati sekarang dan beliau akan terus berbakti selagi ada kudrat dan dengan adanya izin dari Allah S.W.T


















No comments:

Post a Comment