Friday, 25 February 2011

KEHIDUPAN SETELAH BERKAHWIN

KEHIDUPAN SETELAH BERKAHWIN

Sewaktu masih lagi menuntut di Khairiah Pokok Sena, Ustaz Adul Majid telah  bertemu jodoh dengan Rehanah Bt Haji Abdul Rahman  pada usia beliau 28 tahun mengikut pilihan daripada keluarga. Perkahwinan ini juga bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan persaudaraan. Hasil dari perkahwinan ini, beliau dan isteri dikurniakan 5 orang cahaya mata. Anak beliau yang sulong menjawat jawatan sebagai guru, begitu juga dengan anak  yang kedua dan ketiga.Anak yang keempat  adalah peguam  dan yang bongsu bertugas di syarikat swasta. Tiga daripada anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti manakala dua orang lagi adalah lepasan Institut Perguruan. Kesemua anaknya telah berkahwin dan beliau serta isteri dikurniakan 22 orang cucu. Setelah berkahwin, beliau memulakan tugas sebagai  guru agama di Sekolah Rakyat  selama 7 tahun dan kemudiannya berhijrah ke Sabah pada tahun 1973 dan menjadi guru agama di sana selama 20 tahun sehingga  bulan 5 ,1992.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula."

Berdasarkan sabda nabi di atas, beliau sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan yang berlandaskan islam. Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai ketinggalan dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan. Disamping itu,ilmu fardu ain juga penting dan wajib dituntut oleh setiap umat islam. Ilmu fardu ain boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman, yang berkaitan dengan hukum hakam, yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian. Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan sering berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin  ketinggalan dalam bidang seperti bidang sains dan teknologi, pertanian dan sebagainya. Oleh kerana itu, Islam mewajibkan kita menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah. Berbekalkan ilmu yang telah dipelajari, beliau berusaha sebaik mungkin menyampaikan pengetahuan yang sedia ada malahan menambahkan lagi ilmu beliau bagi mendidik dan berkongsi ilmu dengan anak-anak muridnya. Beliau dan isteri serta anak-anak pulang ke semenanjung setelah 20 tahun di negeri bawah bayu dan menetap di Kampong Padang sehingga kini. Pada tahun 2003, Ustaz Abdul Majid ditugaskan di Jabatan Agama Pulau Pinang sebagai Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau di bawah Jabatan Perdana Menteri.


No comments:

Post a Comment